Malaysia Berita

Ranking Malaysia naik selepas Pan-gon letak jawatan

Malaysia naik ke-134 dunia dalam ranking FIFA berbanding 135 pada bulan lalu.
Ini meskipun Kim Pan-gon baru sahaja meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih negara.
Bagaimanapun, kenaikan itu disebabkan prestasi skuad kebangsaan sepanjang tempoh pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Malaysia akan kembali beraksi dalam Pestabola Merdeka dan disusuli dengan Piala AFF hujung tahun ini.