Liga Super Malaysia Berita

Pahang halang kemenangan Selangor

Pahang menafikan peluang Selangor untuk meraih 3 mata apabila diikat seri 1-1.
Selangor mendahului seawal minit ke-3 menerusi Alvin Fortes.
Namun, tiga minit sebelum separuh masa pertama berakhir, Pahang menyamakan kedudukan menerusi Stefano Brundo.
Pahang bagaimanapun terpaksa bermain 10 orang pemain apabila Mykola Ahapov dilayangkan kad merah.
Selangor yang mempunyai peluang untuk meraih tiga mata gagal mengambil kesempatan itu, dengan kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 13 mata manakala Pahang di tangga ke-10 dengan 6 mata.