Malaysia Berita

Malaysia sekadar terikat seri dengan Kyrgyzstan

Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Kyrgyzstan dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Keputusan ini dicapai tanpa kehadiran Faisal Halim, Arif Aiman, Darren Lok dan Syihan Hazmi.

Kyrgyzstan mendahului menerusi jaringan Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24.

Malaysia menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri Valery Kichin pada minit ke-38.

Skuad negara cuba mencari gol kemenangan namun kedudukan kekal 1-1 hingga tamat perlawanan.

Kedudukan selepas 5 perlawanan

OMAN 12
KYRGYZSTAN 10
MALAYSIA 7
TAIWAN 0