Malaysia bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Taiwan dalam perlawanan terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Ini selepas skuad kebangsaan dibolosi pada minit ke-20 hasil jaringan Yu Yao-hsing dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Namun, hanya baru 8 minit separuh masa kedua, Safawi Rasid menjaringkan gol penyamaan buat Harimau Malaya.
Malaysia akhirnya di depan apabila Paulo Josue menjaringkan gol pada minit ke-69.
Harimau Malaya melengkapkan kemenangan dengan gol Adib Raop, menjadikan kedudukan 3-1.
Keputusan itu bagaimanapun tidak mencukupi untuk Malaysia melayakkan diri secara automatik ke Piala Asia 2027 apabila Oman seri 1-1 dengan Kyrgyzstan.
Malaysia akan kembali beraksi pada September ini untuk perlawanan persahabatan sebelum menghadapi Piala AFF pada November ini.
Harimau Malaya akan mula beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac 2025.