Khuzaimi Piee terkejut apabila rumahnya dipecah masuk.
Insiden itu hanya disedari pemain Selangor itu selepas menjalani sesi latihan.
Beliau mendapati motosikal dan barang-barang peribadi turut dicuri sewaktu menjalani sesi latihan.
Ia berlaku selepas beberapa pemain terlibat dalam insiden berasingan terutama bintang Selangor, Faisal Halim yang terlibat dengan serangan asid sehingga menyebabkan Piala Sumbangsih dibatalkan.
Akhyar Rashid terlibat dengan serangan samun manakala kenderaan Safiq Rahim turut diserang.