Selangor memohon MFL supaya menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024 susulan serangan ke atas Faisal Halim baru-baru ini.
Kaatanya, permohonan itu atas faktor-faktor keselamatan.
“Rentetan beberapa isu dan insiden yang berlaku kebelakangan ini, pihak Selangor telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak FAM dan MFL untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei 2024, Jumaat ini.
“Kami berharap faktor-faktor yang dinyatakan dalam surat permohonan tersebut akan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak FAM dan MFL.”