Liga Super Malaysia Berita

JDT tidak sediakan tiket Piala Sumbangsih untuk Selangor

JDT membuat keputusan untuk tidak menjual tiket perlawanan untuk Selangor sempena Piala Sumbangsih 2024.
Katanya, JDT tidak menerima sebarang pemintaan untuk peruntukan tiket penyokong lawan bagi perlawanan pembukaan Liga Malaysia musim 2024-25 di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.
“Atas sebab itu, tiket untuk penyokong lawan tidak diperuntukkan,” kata CEO JDT, Alistair Edwards.
Namun, katanya JDT telah menerima surat dari Selangor yang meminta polis pengiring, air mineral, minuman isotonik, ais dan 30 tiket grandstand untuk perlawanan itu.
“JDT bersetuju untuk memenuhi permintaan itu. Ia menjadi kebiasaan untuk pasukan lawan memohon peruntukan tiket sebelum jualan tiket dibuka kepada umum.”