Malaysia Berita

Kim Pan-gon mahu tebus kekalahan Oman di Bukit Jalil

Jurulatih negara, Kim Pan-gon mahu pasukan kebangsaan bangkit menebus kekalahan 2-0 kepada Oman dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu hadapan.

Beliau mahu pasukannya belajar dari kekalahan itu supaya dapat meraih keputusan lebih positif.

“Kita perlu mengkaji semula corak permainan dengan pantas,” kata Pan-gon itu selepas perlawanan di Muscat.

“Kita perlu cepat pulih dari segi fizikal dan bersedia untuk satu lagi perlawanan di gelanggang sendiri.”

Katanya, skuad kebangsaan perlu memanfaatkan kelebihan di tempat sendiri untuk meraih keputusan yang baik.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk menampilkan persembahan yang lebih baik. Perlawanan di tempat sendiri sepatutnya berbeza.

“Bagaimanapun kita mesti mengekalkan harapan dalam apa jua keadaan, kita mempunyai tiga perlawanan lagi.”