Malaysia Berita

Kim Pan-gon salahkan diri sendiri punca kalah kepada Bahrain

Kim Pan-gon enggan menyalahkan mana-mana pihak selain dirinya sendiri susulan kekalahan 1-0 kepada Bahrain dalam Piala Asia 2023.

Malaysia hampir meraih 1 mata namun dikejutkan dengan gol bolos saat-saat akhir.

“Tiada siapa yang salah,” kata Pan-gon selepas perlawanan.

“Kita berada di sini, mungkin sebagai jurulatih saya silap.

“Saya mempunyai terlalu banyak jangkaan…memberi terlalu banyak impian kepada pemain saya kepada orang ramai, itu masalah saya.

“Tiada apa-apa salah daripada FAM, daripada pemain atau orang ramai. Ini masalah jurulatih.”

Katanya, Malaysia mampu mencatat keputusan seri, namun pasukannya gagal untuk mendominasi permainan.

“Ini pengalaman berguna kepada pemain muda yang masih berpeluang beraksi pada edisi akan datang selepas ini.”