Piala Malaysia Berita

Perak jumpa JDT di separuh akhir Piala Malaysia 2023

Perak akan bertemu JDT di separuh akhir Piala Malaysia 2023 selepas menewaskan Sabah dengan agregat 3-2.

Ia satu prestasi yang memberangsangkan setelah pasukan itu tidak layak beraksi dalam Piala Malaysia tahun lalu dan kali terakhir juara pada 2018.

Wan Zack Haikal muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-45.

“Pujian harus diberikan kepada anak buah saya kerana memperlihatkan mereka bekerja keras mempertahankan benteng pertahanan daripada dibolosi.

“Bukan mudah untuk melakukannya kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh dua minit sekali pun, keputusan akan berubah dan malam ini mereka layak meraikan kemenangan,” katanya dalam sidang media.