Liga Super Malaysia Berita

Kedah halang kemenangan JDT selepas 20 perlawanan

Kedah mencipta kejutan apabila mengikat pendahulu Liga Super, JDT seri 3-3 di Alor Setar.

Ia sekali gus menjadikan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya menyekat kemenangan JDT selepas mengharungi 20 perlawanan musim ini.

Malah, Kedah menguasai permainan sejak separuh masa pertama sehingga berjaya meraih gol pendahuluan menerusi Ifedayo Olusegun pada minit ke-36.

Tuan rumah sekali lagi mengejutkan JDT apabila menjaringkan gol kedua menerusi Manuel Ott dalam tempoh hanya 5 minit selepas separuh masa kedua bermula.

Namun, JDT bangkit dalam tempoh kurang 10 minit apabila Corbin-Ong menanduk masuk gol pada minit ke-53 sebelum jaringan Heberty mengikat keputusan 2-2 pada minit ke-56.

Arif Aiman melengkapkan comeback apabila menjaringkan gol pada minit ke-74.

Dengan JDT bersedia untuk menyambut kemenangan, Kedah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Amirbaek Juraboev dalam masa tambahan.

Keputusan 3-3 kekal hingga tamat perlawanan, dengan JDT meraih 61 mata daripada 21 perlawanan manakala Kedah di tangga ketiga liga dengan 44 mata daripada 21 perlawanan.