Berita AFC Cup

Terengganu jumpa juara Liga Australia dalam Piala AFC 2023/2024

Terengganu akan bertemu juara bertahan Liga Australia, Central Coast Mariners dalam kejohanan Piala AFC bagi musim 2023/2024.

Ini setelah kelab Pantai Timur itu diundi dalam kumpulan G bersama Bali United dari Indonesia dan Stallion Laguna dari Filipina.

Satu lagi wakil Malaysia, Sabah diundi dalam kumpulan H bersama Haiphong dari Vietnam, Hougang United dari Singapura dan PSM Makassar dari Indonesia.

Perlawanan peringkat kumpulan dijadual berlangsung pada hujung Sept hingga Disember.

Manakala pusingan kalah mati akan bermula pada Februari tahun depan.

Final Piala AFC akan berlangsung pada 5 Mei 2024 dan juara akan layak bersaing dalam AFC Champions League Elite.

Tahun ini merupakan tahun terakhir edisi Piala AFC dan akan mula menggunakan nama AFC Champions League 2 pada musim 2024-2025.