Malaysia Berita

FAM hantar surat rasmi kepada AFF, mahu pengadil Ryuji Sato diambil tindakan

FAM membuat keputusan untuk menghantar surat rasmi kepada AFF bagi membantah keputusan pengadil, Ryuji Sato susulan kekalahan Malaysia 3-0 kepada Vietnam dalam saingan Piala AFF 2022.

Ini setelah pertahanan negara, Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah malah Vietnam dihadiahkan sepakan penalti, yang akhirnya menyumbang kepada kekalahan skuad kebangsaan 3-0 di Hanoi.

“Berhubung mutu pengadilan ketika perlawanan Kumpulan B di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa, 27 Disember 2022,” kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.

“Surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan telah pun dihantar ke Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu.

“Tindakan tersebut dibuat selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram yang telah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden di sepanjang perlawanan tersebut.”

Malaysia akan bertemu Singapura di Bukit Jalil pada Selasa ini.