Liga Super Malaysia Berita

Nafuzi: Saya tidak mahu peminat kecewa, mahu Terengganu ke final Piala Malaysia 2022

Nafuzi Zain mengakui masih belum membuat keputusan muktamad sama ada beliau akan kekal di Terengganu musim depan.

Ini selepas lembaga pengarah Terengganu membuat keputusan untuk menawarkan kontrak selama setahun kepada jurulatih berusia 43 tahun itu.

“Harapan peminat memang mahu saya kekal,” kata Nafuzi dalam sidang media selepas Terengganu menang besar 5-1 ke atas Pahang dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2022.

“Tapi bagi saya..kalau boleh saya tak nak mengecewakan peminat. Salah satu cara nak menebus kekecewaan mungkin saya beri Terengganu ke final Piala Malaysia, insya-Allah ada rezeki.

“Saya stay ke, tak stay ke, ia untuk kebaikan semua pihak bukan untuk saya sendiri.”

Justeru, beliau mahu menumpukan sepenuhnya kepada saingan Piala Malaysia sebelum menilai sebarang tawaran kontrak.

“Saya nak habiskan musim ini dulu. Belum ada butiran kontrak di depan mata saya untuk menilai.

“Kita tahu keputusan mesyuarat tertinggi Terengganu, saya tahu ada tawaran kepada saya, tapi mungkin kesuntukan masa, jadi tawaran itu tak dapat lagi depan mata..kita tengok tawaran itu macam mana.

“Tapi saya tidak memikirkan diri buat masa ini, saya hanya fikirkan peminat. Mereka memberikan sokongan luar biasa kepada saya dan saya hargainya.”