
Syafiq Ahmad menghantui Kedah apabila menjaringkan 2 gol sekali gus membantu JDT meraih kemenangan 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Penyerang berusia 27 tahun itu baru sahaja kembali beraksi dengan JDT setelah dipinjamkan ke Kedah pada awal musim ini, namun tempoh pinjaman itu disingkatkan apabila beliau dipanggil untuk kembali ke Johor Bahru.
JDT bagaimanapun ketinggalan pada separuh masa pertama apabila rembatan Ronald Ngah melambung melepasi Farizal Marlias di hujung separuh masa pertama.
Namun, JDT menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Bergson pada minit ke-49.
Kedah bagaimanapun dikejutkan dengan prestasi cemerlang Syafiq apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 5 minit iaitu minit ke-63 dan minit ke-68.
Bergson melengkapkan kemenangan JDT apabila menanduk masuk gol ke-27 dalam Liga Super musim ini, dengan keputusan 4-1 kekal hingga wisel penamat.
Ini merupakan kemenangan ke-16 buat JDT musim ini, mengutip 53 mata daripada 21 perlawanan.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 4-1 @kda_fc
KDA FC membuka tirai jaringan menerusi Ronald Ngah, namun JDT bangkit untuk menang menerusi Bergson dan Syafiq Ahmad yang masing-masing meledak dua gol.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/VEsK4q2lOe
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 11, 2022
Sementara itu, Sabah meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Pahang di Kuantan sekali gus kekal di tangga ke-2 Liga Super dengan mengumpul 42 mata.
Kedua-dua pasukan yang bergelut untuk menjaringkan sepanjang perlawanan menjaringkan semua gol dalam 10 minit terakhir perlawanan.
Sabah hampir tewas apabila dikejutkan dengan tandukan gol Steven Rodriguez pada minit ke-86.
Namun, Sabah berjaya menyamakan kedudukan 3 minit kemudian menerusi Dominic Tan.
Park Tae-Su muncul wira Sabah apabila menjaringkan gol kemenangan, 2 minit sebelum perlawanan berakhir.
Kemenangan itu menyaksikan Sabah terus berada di tangga kedua dengan 42 mata, hanya beza 1 mata dengan Terengganu dan Negeri Sembilan yang turut meraih kemenangan.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialPahang 1-2 @SabahFCofficial
Sabah bangkit dengan dua gol oleh Dominic Tan dan Park Tae-su pada lewat perlawanan. Steven Rodriguez meletakkan Sri Pahang di hadapan pada minit ke-86.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/z5eQyrKLir
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 11, 2022
Terengganu menewaskan finalis Piala AFC, KL City 2-1 di Cheras manakala Negeri Sembilan menewaskan jiran negeri, Melaka United 2-0 di Paroi.
Selangor terus cemerlang di bawah kendalian Tan Cheng Hoe apabila menewaskan Sarawak United 1-0 di Kuching.
PJ City turut meraih kemenangan apabila menewaskan Pulau Pinang yang mencatatkan kekalahan ke-15 musim ini.
Liga Super akan melabuhkan tirai musim 2022 pada Sabtu, 15 Oktober ini.