Liga Super Malaysia Berita

Sanusi: Saya sokong Terengganu, rakyat Malaysia selain Johor pun sokong Terengganu

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengakui memberikan sokongan penuh kepada Terengganu berbanding Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam final Piala FA esok.

Malah, sebelum ini tular di media sosial klip video berdurasi 21 saat memaparkan Sanusi menyarung jersi Terengganu.

“Saya sokong Terengganu sebab isteri saya berasal dari situ,” kata Sanusi kepada Utusan.

“Setakat ini saya belum berkahwin dengan orang Johor dan orang biasa macam saya sentiasa menyokong pasukan yang dilihat sebagai underdog.

“Rasanya semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi ke Terengganu dan kalau tak percaya, kita tunggu. Orang Johor saja sokong Johor dan negeri lain, semua Terengganu.”

Namun, beliau tidak kisah jika Terengganu tewas kepada JDT pada final nanti.

“Saya akan terima dengan berlapang dada.”