Liga Super Malaysia Berita

FAM: Pengadil buat keputusan tepat hadiahkan JDT sepakan penalti

FAM mempertahankan keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim ketika seri 1-1 menentang Selangor pada aksi Liga Super minggu lalu di Stadium MBPJ Kelana Jaya.

Ini selepas badan bola sepak negara itu meneliti semula kekasaran yang dilakukan pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab ke atas penyerang JDT, Arif Aiman Hanafi pada minit ke-33.

“Selepas meneliti insiden itu melalui rakaman video, berlaku kekasaran dalam kotak penalti Selangor,” kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman kepada NST.

“Zulkarnain membuat keputusan yang tepat untuk memberikan penalti kepada JDT.”

Disebabkan itu, seorang pegawai Selangor yang mengganggu pengadil di luar stadium selepas perlawanan boleh dikenakan tindakan.

“Kami akan menelitinya untuk tindakan seterusnya,” kata beliau.