Jurulatih negara, Kim Pan-gon telah bersedia untuk bertemu pasukan-pasukan ranking lebih tinggi berbanding Malaysia pada Piala Raja Thailand bulan depan.
Ini selepas Malaysia akan bertemu tuan rumah, Thailand, Tajikistan dan Trinidad & Tobago pada 20 hingga 26 September 2022.
“Kejohanan di Thailand menjadi peluang untuk kami membuat persiapan,” katanya kepada Astro Arena.
“Ini peluang terbaik berdepan pasukan yang handal dan muka baharu mungkin diberi peluang.
“Kami akan cuba yang terbaik lakukan persiapan terbaik dalam kejohanan.”
Pada masa sama, Pan-gon mengakui Vietnam merupakan pencabar terkuat Malaysia dalam Piala AFF 2022.
Ini selepas Malaysia diundi bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos dalam Kumpulan B.
Namun, jurulatih berasal dari Korea Selatan tampak tidak terlalu bimbang dengan undian tersebut.
“Ia satu undian yang baik buat negara. Kami bersedia untuk berjuang.”
“Saya rasa Vietnam adalah pencabar paling kuat dalam kumpulan. Singapura dan Myanmar juga pasukan bagus, malah Laos.
“Tidak kira siapa yang kami hadapi, kami mahu berikan yang terbaik dan hadiahkan keputusan yang bagus.”