Pau Marti Vicente dan E Elavarasan dilaporkan menjadi antara calon jurulatih B-23 negara.
Ini setelah Brad Maloney meletakkan jawatan dengan persetujuan bersama FAM susulan prestasi hambar di Piala Asia B-23, Sukan SEA Hanoi dan Piala AFF B-23.
Vicente baru sahaja dilantik sebagai penolong jurulatih negara pada Februari lalu bagi membantu Kim Pan-gon.
Manakala Elavarasan dilantik sebagai penolong jurulatih tempatan.
Ketika era K Rajagobal, Ong Kim Swee memegang jawatan sebagai jurulatih B-23 pada 2010 hingga 2015 sebelum diambil alih oleh Frank Bernhardt pada 2016.
Bagaimanapun, Ong kembali pada jawatan itu pada 2017 sebelum beliau meletak jawatan pada 2019 susulan prestasi hambar skuadnya dalam Sukan SEA di Filipina.
Selepas era pandemik Covid-19, FAM membuat keputusan untuk melantik Brad Maloney yang ketika itu bertugas sebagai penolong jurulatih B-23.
Sebelum era Rajagobal, skuad B-23 biasanya dikendalikan oleh jurulatih skuad senior negara seperti Claude Le Roy, Hatem Souissi, Allah Harris, Bertalan Bicskei, Norizan Bakar dan B Sathiananthan.