Liga Premier Malaysia Berita

Perak diberi masa hingga 29 April selesai proses pertukaran pemilik baharu

Perak diberi tempoh sehingga 29 April bagi melengkapkan proses pertukaran pemilikan pasukan Liga Premier itu.

Ini selepas CEO Perak, Yunus Zakariah memberi jaminan akan menyelesaikan proses tersebut secepat yang mungkin.

Bagaimanapun, badan bebas First Instance Body (FIB) hari ini memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan.

Ini setelah badan itu meneliti dan memperhalusi permohonan Perak pada 18 April lalu.

“Pihak Jawatankuasa FIB membuat keputusan untuk memberikan ruang masa kepada Perak kerana kami berharap dengan penyelesaian proses rundingan berkenaan akan dapat memberi satu sinar baharu kepada kebajikan pemain dan pegawai Perak,” kata Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir dalam kenyataan.

“Bagaimanapun sekiranya Perak masih gagal menyelesaikan urusan berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan maka pihak Jawatankuasa FIB akan mengambil tindakan lanjut serta membawa perkara ini ke pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah MFL.”