Safawi Rasid mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan apabila Malaysia tewas 2-1 kepada Singapura baru-baru ini.
Ini selepas pemain sayap itu gagal menjaringkan sepakan penalti apabila tendangannya sekadar terkena palang pada minit ke-45.
“Sebagai penyerang, saya tidak berpuas hati dengan perlawanan ini selepas peluang yang dihasilkan,” katanya kepada Stadium Astro.
“Kami akan terus memperbaiki lagi dan memberikan tumpuan untuk Jun ini.”
Bagaimanapun, beliau menganggap Malaysia bermain lebih baik jika dibandingkan dengan Singapura.
“Bagi saya, secara keseluruhan kami telah bermain dengan baik berbanding Singapura yang menghasilkan dua percubaan dan menghasilkan dua gol.
“Namun, perkara paling penting adalah tumpuan bagi Jun ini,” kata Safawi yang merujuk kepada kelayakan Piala Asia 2023.