Jaringan hatrik Bergson Da Silva memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menghukum pasukan kedua tercorot Liga Super, Perak FC 5-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.
Skuad kendalian Benjamin Mora turun dengan misi mengekalkan momentum kemenangan berterusan terlebih dahulu menyentap perasaan skuad The Bos Gaurus menerusi jaringan pemain import kelahiran Brazil itu pada minit ke-19.
Bersambung babak kedua, derita Perak FC berganda selepas Bergson meletakkan JDT selesa di depan dengan jaringan pada minit ke-47 dan ke-59 sekali gus berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Liga Super dengan pemain Selangor Ifedayo Olusegun.
Perak FC seakan tidak berdaya untuk menggempur kubu pertahanan JDT dan kelebihan itu terus digunakan sepenuhnya selepas Gonzalo Cabrera menjaringkan gol pada minit ke-86 dan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 5-0 @peraktbgmy
JDT raih kemenangan besar ke atas Perak menerusi jaringan hatrik Bergson da Silva dan dua gol Gonzalo Cabrera.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/hp8A4Pf4DE
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2021
Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, tuan rumah Penang FC terpaksa akur dengan kekalahan 1-4 kepada Selangor FC walaupun berjaya mengikat pasukan pelawat 1-1 pada separuh masa pertama perlawanan.
Ifedayo menyumbang dua gol buat pasukan Gergasi Merah pada minit ke-15 dan 90, selain menerusi jaringan Ahmad Danial Ahmad Asri (minit ke-49) dan Sean Eugene Selvaraj (minit ke-56) manakala gol tunggal Penang FC dijaringkan David Rowley pada minit ke-39.
Selangor kini menduduki tangga kelima Liga Super dengan 23 mata di belakang JDT selaku pendahulu.
📹 HIGHLIGHTS: @fa_penang 1-4 @selangorfc
Ifedayo Omosuyi menjaringkan dua gol dan menyumbang dua bantuan gol untuk Danial Asri dan Sean Selvaraj, manakala David Rowley menjaringkan gol saguhati Penang.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/Ihjxk81LrZ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2021
Kuala Lumpur City FC pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila terikat 1-1 dengan Melaka United dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Jang Suk-Won menyelamatkan Melaka United dengan jaringan saat-saat akhir, menyamakan kedudukan 1-1 dengan KL City.
📹 HIGHLIGHTS: @KLCityFootball 1-1 @MelakaUnitedFC
Tandukan Jang Suk-won pada minit-minit terakhir menyelamatkan satu mata untuk Melaka United FC. Zhafri Yahya terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan untuk KL City pada minit ke-53.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/bhabyve4NT
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 31, 2021