Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengesahkan telah menandatangani pemain pertahanan dari Australia, Shane Lowry dengan perpindahan secara percuma.
Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hariss Harun, yang menyertai kelab Singapura, Lion City Sailors.
Pemain berusia 31 tahun itu memulakan kariernya di Aston Villa pada 2009 sebelum menyertai Millwall pada 2012, Leyton Orient pada 2014, Birmingham pada 2015 dan kembali ke negara asalnya pada 2016 dengan menyertai Perth Glory.
Beliau kemudian berhijrah semula apabila menyertai kelab Liga Qatar, Al-Ahli pada 2019 dan kekal dengan pasukan itu sehingga tamat kontraknya pada tahun ini.
Penyertaan beliau dijangka akan memperkuatkan JDT yang akan bersaing dalam AFC Champions League musim ini.