Liga Super Malaysia Berita

JDT: Liridon Krasniqi, Syahrian Abimanyu dipinjamkan ke Newcastle Jets

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards mengesahkan perpindahan dua pemain pasukannya secara pinjaman iaitu Syahrian Abimanyu dan Liridon Krasniqi ke kelab Australia, Newcastle Jets.

Beliau berkata, pinjaman itu dibuat bagi membantu kedua-dua pemain itu untuk beraksi dalam liga yang kompetitif.

“Kami telah menandatangani Syahrian pada penghujung 2020 sebagai pelan jangka panjang dan langkah pinjaman ini adalah selari dengan aspirasi untuk membentuk pemain ini bagi beberapa tahun akan datang.

“Kami ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain.”

Liridon dan Syahrian hanya boleh mula beraksi secara rasmi apabila jendela perpindahan dibuka pada 16 Februari nanti.

Syahrian dan Liridon menjadi pemain import ketiga dan keempat bagi pasukan Newcastle selepas Ray O’Donovan dari Ireland selaku penyerang utama pasukan dan pemain tengah, Ali Abbas dari Iraq.