JDT dilaporkan akan mengumumkan kemasukan penyerang dari Argentina, Jonathan Herrera.
Wartawan sukan dari Argentina, Cesar Luis Merlo mendedahkan ejen kepada Herrera telah bersetuju dengan perjanjian secara lisan untuk menyertai JDT pada saingan musim 2021.
Malah, pemain berusia 29 tahun itu dijangka berlepas ke Malaysia pada hari Sabtu dan menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak tiga tahun bersama JDT.
Ini bermakna, Herrera akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diogo Luis Santo yang berhijrah ke BG Pathum United.
Herrera sudah beraksi dengan kelab Divisyen Ke-2 Argentina, Deportivo Riestra sejak 2015 namun sering dipinjamkan ke pasukan lain sehingga ke hari ini.
Beliau di pinjamkan ke kelab dari Venezuela, Atletico Venezuela pada 2017, kelab Argentina, Ferro pada 2018, kelab Chile, Audax Italiano pada 2018, kelab Argentina, Central Cordoba 2019 dan terbaru kelab Liga Primera Argentina, San Lorenzo pada 2020.
Beliau menyertai San Lorenzo pada Julai 2020 namun tempoh pinjamannya sudah ditamatkan pada 6 Januari 2021.
Itu memberi petanda bahawa beliau mungkin sudah bersedia untuk menyertai pasukan lain selepas ini.