Kedah bangkit dari ketinggalan untuk memenangi 2-1 ke atas Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun bergelut untuk menyudahkan peluang sehinggalah Felda mendahului menerusi Syahmi Zamri satu minit sebelum tamat separuh masa pertama.
48' | GOL KIPRE!@official_kfa menyamakan kedudukan di Stadium Tun Abdul Razak menerusi jaringan Tchetche Kipre.#CIMBLigaSuper2020#FELKED#MFLLive pic.twitter.com/GjMHYUb4mU
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 12, 2020
Namun, Kedah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Kipre Tchetche menjaringkan gol hanya tiga minit selepas separuh masa kedua bermula.
Hadin Azman muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66 dan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
66' | GOL HADIN AZMAN!@official_kfa menambah jaringan kedua menerusi Hadin Azman. #CIMBLigaSuper2020#FELKED#MFLLive pic.twitter.com/16Qk8stswL
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 12, 2020
Kedah kini berada di tangga kedua dalam Liga Super dengan mengumpul 13 mata, beza enam mata di belakang JDT.
Di Kuantan, Pahang menamatkan kekalahan dua kali berturut-turut dengan kemenangan 2-1 ke atas PDRM.
Pasukan tuan rumah mendahului menerusi Ivan Carlos pada minit ke-37, namun mengambil masa sehingga separuh masa kedua untuk menjaringkan gol kedua.
Faisal Halim menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-74 namun dikejutkan dengan gol PDRM menerusi Amir Saiful Badeli pada minit ke-84.
74' | GOL FAISAL HALIM!@officialpahang menggandakan jaringan menerusi Faisal Halim. #CIMBLigaSuper2020#PHGPDRM#MFLLive pic.twitter.com/HkQc620IXb
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 12, 2020
Walaupun menang dan mengumpul 9 mata, Pahang kekal di tangga ke-8 Liga Super.
Dalam satu lagi perlawanan, PJ City hanya sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Sabah.
Kedua-dua pasukan juga mengumpul enam mata dan berada dalam zon penyingkiran.