Liga Premier Malaysia Berita

Walaupun dilanda COVID-19, Kuching FA dibenarkan beraksi

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan bahawa Kuching FA dibenarkan beraksi dalam Liga Premier seperti yang ditetapkan, meskipun lima pemainnya dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata, proses kuarantin selama 14 hari sudah memadai dan menjangkakan pemain-pemain Kuching akan pulih sebelum saingan liga bersambung pada 26 Ogos.

“Setakat yang terkini Kuching FA kekal masih beraksi dalam baki saingan Liga-M seperti yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos ini,” katanya kepada Sinar Harian.

“Apabila selesai tempoh kuarantin 14 hari, mereka boleh kembali menjalani latihan semula seperti biasa.”

Kuching FA dijadualkan bertemu Selangor 2 pada 26 Ogos ini di Stadium Sarawak.