Liga Premier Malaysia Berita

Liga sambung awal, elak jadual padat

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa menyokong keputusan MFL untuk menyambung semula Liga Malaysia musim 2020 pada 26 Ogos.

Keputusan itu bermakna tarikh 1 September yang ditetapkan sebelum ini dipercepatkan beberapa hari.

“MFL buat keputusan yang tepat,” katanya kepada Harian Metro.

“Baguslah bila MFL cepatkan liga lebih awal. Kita bukan apa, ia sekurang-kurangnya dapat elakkan jadual yang mungkin sedikit padat nanti.

“Saya ucapkan terima kasih dan kini semua pasukan dah boleh buat persediaan masing-masing.

Keputusan MFL itu dapat dicapai setelah kerajaan memberi kebenaran untuk mengadakan semua jenis pertandingan bolasepak bermula 15 Ogos ini.