Selain daripada mengekalkan kecergasan di rumah, pemain Melaka United, Jasmir Mehat menggunakan tempoh perintah kawalan pergerakan dengan menjual nasi lemak dan mee di ibu kota Melaka.
Antara hidangan yang dijual adalah nasi lemak telur, nasi lemak ayam rendang, mee rebus dan dengan rojak dengan harga antara RM4 hingga RM7.
Pemain berusia 26 tahun itu berasa bertuah apabila terdapat ahli keluarganya yang mahir memasak pelbagai hidangan tradisi negeri untuk menjana pendapatan sampingan.
https://www.instagram.com/p/B-w–CPHODO/?utm_source=ig_web_copy_link
“Waktu PKP juga adalah kesempatan buat saya belajar mendalami cara penyediaan resepi tradisi untuk dinikmati pelanggan,” katanya kepada BH Sukan.
“Ini memberi pilihan kepada orang ramai menikmati menu disediakan berikutan kebiasaan mereka mahu menikmati hidangan berbeza sepanjang PKP.”