LaLiga Berita

Ketua La Liga mencucuk Messi dan Ronaldo

La Liga kini melihat keadaan Lionel Messi di Barcelona menjadi semakin tidak seronok, serupa macam dulu bila liga Sepanyol kehilangan Cristiano Ronaldo pada 2018.

Bagaimanapun, bos La Liga Javier Tebas kelihatan tidak risau mengenai kemungkinan keluar Messi dari La Liga, dan mendakwa bahawa La Liga tidak akan mengalami apa-apa kehilangan jika Leo meninggalkan kelab Barcelona.

Tebas, lantang seperti biasa, telah pun mencatat bahawa liga Sepanyol telah bertambah baik sejak pemergian Ronaldo dari Juventus pada tahun 2018.

Seiring spekulasi terus berkembang di masa depan Messi di Camp Nou yang timbul daripada beberapa isu yang tidak jelas antara pencetak gol prolifik dan ketua kelab Blaugrana Messi terutama dengan presiden, Josep Maria Bartomeu, di mana hubungannya semakin tegang dalam 12 bulan terakhir, Messi dikhabarkan tidak senang dengan cara-cara pengurusan di kelab.

Juara Ballon d’Or yang enam kali nampak tidak senang dengan bos kelab apabila rakan sepasukan Neymar meninggal ke PSG dan Messi bertambah tidak lena apabila pengejaran untuk mendapatkan Neymar balik dalam kelab musim panas lalu terbukti sia-sia.

Dalam satu lagi episod, Messi kemudiannya menyuarakan ketidakpuasaannya secara terbuka di sosial media selepas pengarah teknikal, Eric Abidal, mendakwa pemain telah menjadi pelakon utama di belakang pemecatan Ernesto Valverde pada bulan Januari. Ini telah merupakan satu petanda yang jelas bahawa Messi sendiri adalah pencucuk dalam insiden ini.

Selepas itu, tuduhan-bantahan juga menimbul terhadap penglibatan Bartomeu memberi kontrak kepada sebuah syarikat perhubungan awam untuk sasarkan Messi dan sejumlah pemain dan pelatih Barca kian dan dulu dalam serangan-serangan ganas di berbagai saluran media sosial.

Minggu lepas, Messi sekali lagi terpaksa menunjukkan kekecewaanny dengan pengurusan atas pemotongan gaji di tengah-tengah krisis koronavirus selepas para pemain merasakan ada orang di dalam kelab itu cuba meruntuhkan niat ikhlas mereka untuk mencapai keputusan pemotongan gaji.

Perang sivil ini di peringkat lembaga sekarang dengan Bartomeu berusaha untuk menyingkirkan empat ahli – termasuk dua naib presiden – menuduh mereka tidak setia telah membuat Messi suugguh hampa dengan kegiatan tidak kepatutan seperti ini di kelab.

Oleh itu, tidak hairanlah khabar angin berlimpah mengenai masa depan Messi selalu dipersoalkan, terutamanya apabila dia mempunyai keistimewaan eksklusif untuk meninggalkan kelab bila-bila masa tanpay apa-apa bayaran kerana perjanjian dalam kontraknya.

Pelbagai kelab telah disebutkan sebagai sasarannya tetapi Inter Milan telah dijadikan sebagai destinasi yang berpotensi, dengan spekulasi di Itali yang mendakwa pengerusi Steven Zhang dapat membawa Messi ke San Siro. Presiden Ex-Inter Massimo Moratti juga telah berkata bahawa Messi bukanlah “impian yang mustahil” sebab Zhang memang kuat bercita mendapatkan Messi.

Walau bagaimanapun, sama ada dari rasa tidak puas hati atatu bermata merah, bos La Liga secara tegas mendesak bahawa ia “tidak akan menjadi drama” jika Messi meninggalkan Camp Nou.

“Saya tidak fikir kedatangan Messi dapat menyelesaikan masalah Serie A, yang dikaitkan dengan hubungan buruk antara hutang, koleksi yang tinggi dan tidak mencukupi,” katanya.

“Angka Serie A ditekankan, dan masaalah ekonomi ini pastinya tidak diselesaikan oleh Leo Messi.

“Saya mahu Messi tinggal di sini – tetapi jika dia meninggalkan ia tidak akan menjadi drama.

‘Dikatakan bahawa tanpa Cristiano Ronaldo liga akan kehilangan wang.

“Sebaliknya kita akan memperolehinya, walaupun di Portugal. Pemain membantu tapi tidak penting untuk kejuaraan. ”

Bagaimana itu untuk contoh sempurna anggur masam?