Liga Super Malaysia Berita

MFL ambil kira cadangan mengenai Piala Malaysia musim ini

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengambil kira cadangan semua pihak mengenai jadual perlawanan yang bakal menjadi padat disebabkan koronavirus.

Katanya, ia termasuk cadangan menukar format Piala Malaysia bagi memastikan saingan Liga Malaysia tidak berakhir pada bulan Disember.

“Kita sudah ada beberapa strategi dan perancangan untuk memastikan Liga M berjalan lancar sebaik penangguhan liga berakhir disebabkan penularan Covid-19,” katanya kepada Arena Metro.

“Kita juga sedia mengambil apa jua pandangan dan cadangan daripada pasukan demi kebaikan liga kita. Saya ambil maklum akan cadangan Piala Malaysia dan ia akan dibincangkan nanti.

“Apa yang penting, kita tidak mahu pasukan menghadapi masalah di kemudian hari dan kita akan selesaikan dengan cara terbaik dan memuaskan hati rakan kongsi.”