Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Liga Super: Pahang tewas mengejut kepada PJ City, Melaka raih kemenangan kedua

Siapa sangka Pahang tewas 3-2 kepada PJ City, dengan gol kemenangan dijaringkan oleh bekas pemainnya R Kogileswaran.

PJ City mendahului menerusi Demba Camara pada minit ke-12, namun Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-15 menerusi sepakan penalti Dickson Nwakaeme.

Pahang berada di depan apabila Ivan Carlos menjaringkan gol pada minit ke-51.

 

Namun tidak sampai 10 minit, PJ City menyamakan kedudukan menerusi R. Barathkumar.

 

Dengan perlawanan memasuki masa tambahan, Kogi mengejutkan semua pihak apabila menjaringkan gol dari sepakan percuma, sekaligus meraih kemenangan berharga musim ini.

Ini merupakan perlawanan kedua Pahang tewas selepas kalah kepada Selangor minggu lepas.

Dalam satu lagi perlawanan, Melaka menewaskan PDRM 3-1 di Stadium UiTM.

Melaka mendahului menerusi Uche Agba pada minit ke-17.

Kapten pasukan Safiq Rahim menggandakan gol kedua Melaka pada minit ke-71.

Namun Antonio German merapatkan jurang apabila menjaringkan gol minit ke-81.

 

Melaka bagaimanapun mendapat gol ketiga menerusi sepakan jarak jauh Wan Amirul Afiq dalam masa tambahan.