Liga Super Malaysia Berita

Preview Piala Sumbangsih 2020: JDT atau Kedah?

Piala Sumbangsih memasuki edisi ke-35, namun musim 2020 menandakan era baharu apabila ia akan dipertandingkan di stadium baharu JDT, Stadium Sultan Ibrahim buat pertama kali dalam sejarah.

Malam ini juga merupakan pertemuan kali ketiga antara JDT dan Kedah.

Kedah menewaskan JDT pada edisi 2017, manakala JDT pula menang ke atas Kedah pada 2018.

Kali terakhir dua pasukan ini bertemu adalah pada final Piala Malaysia 2019, dengan JDT menewaskan Kedah 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malam ini juga dijangkakan akan ada muka-muka baharu diturunkan.

JDT selaku tuan rumah mengejutkan ramai pihak apabila menandatangani Liridon Krasniqi dan Matthew Davies.

Kedah juga tidak kurang hebatnya apabila membawa dua penyerang berbisa Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Namun siapakah yang akan muncul juara?

Mengikut kesebelasan utama kedua-dua pasukan, JDT dan Kedah agak seimbang.

JDT bagaimanapun, mempunyai kelebihan bermain di laman baharu dengan kehadiran lebih 30,000 penyokong serta memiliki tahap keserasian yang tinggi dengan mengekalkan majoriti pemain sedia ada.

Kedah pula dilihat mempunyai barisan serangan yang kuat, namun mungkin bergelut untuk mencari keserasian kerana banyak pemain baharu yang menyertai pasukan. Mereka juga masih tidak mempunyai pemain tengah berkaliber seperti Liridon Krasniqi. Namun mereka masih berpeluang untuk mencipta kejutan.

Kemungkinan besar, perlawanan akan diheret hingga penentuan penalti. Sama-sama kita saksikan malam ini.

PEMAIN YANG DIJANGKA MENYINAR MALAM INI

Diogo Luis Santo, Safawi Rasid

Diogo menjaringkan 12 gol musim lepas dan banyak dibantu dengan gandingan mantap bersama Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid.

Safawi selaku pemenang MVP musim lepas, dijangka akan mempamerkan aksi terbaiknya pada malam ini.

Kipre Tchetche, Kpah Sherman

Kpah Sherman adalah penjaring terbanyak musim lepas dengan 14 gol ketika beraksi dengan PKNS.

Kipre Tchetche pula cukup dikenali dengan penyerang yang mempamerkan aksi memberangsangkan dalam perlawanan intensiti tinggi seperti Piala Sumbangsih.

HEAD TO HEAD RECORD
LIMA PERTEMUAN TERAKHIR:

2019 2 November 2019 Piala Malaysia final – Kedah 0-3 JDT
2019 26 Mei 2019 Liga Super – JDT 2-0 Kedah
2019 29 Mac 2019 Liga Super – Kedah 1-1 JDT
2018 31 Ogos 2018 Piala Malaysia – Kedah 3-1 JDT
2018 10 Ogos 2018 Piala Malaysia – JDT 5-1 Kedah

TRIVIA

1. Johor Darul Ta’zim’s front three of Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera and Diogo scored a 31 goals in the Liga Super last season. They were responsible for 63% of JDT’s goals in the league.

2. JDT had the joint-best clean sheet record in the Liga Super last season, keeping the goal shut in 36% of their league games.
3. Johor Darul Ta’zim have won three of their last five matches against Kedah, scoring 12 goals and only conceding five goals in the process.

4. Kedah have not beaten Johor Darul Ta’zim away from home since 2011, when they last clinched a slim 1-0 win over Johor FC (as they were known back then) in the league.

5. New JDT signing, Liridon Krasniqi scored 38 goals in 105 matches across all competitions for Kedah, between 2015 and 2018.