Liga Super Malaysia Berita

JDT juara Piala Sumbangsih 2020

JDT muncul juara Piala Sumbangsih 2020 selepas menewaskan Kedah 1-0.

Pada separuh masa pertama, Kedah mengejutkan tuan rumah apabila mencipta sehingga lapan peluang di hadapan gol.

JDT pula bergelut untuk mencari rentak dan dilihat sukar untuk menembusi pertahanan lawan.

Namun dalam 10 minit terakhir sebelum tamat separuh masa, JDT berjaya mencari ruang dan akhirnya berjaya mencipta dua peluang.

Peluang yang kedua itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh JDT apabila hantaran dari luar kotak penalti ditanduk masuk oleh Mauricio.

Separuh masa kedua menyaksikan beberapa kekasaran dilakukan oleh kedua-dua belah pasukan sehingga mengganggu rentak permainan.

Namun JDT lebih banyak menguasai permainan, walaupun dipatahkan dengan mudah oleh barisan pertahanan Kedah.

Safawi mendapat peluang didepan gol namun gagal menyudahkannya dengan baik.

Kedah juga mendapat peluang di minit-minit akhir perlawanan menerusi Kpah Sherman namun penyerang itu

JDT sekaligus mengutip tiga mata penuh bagi perlawanan pembukaan Liga Super 2020.