Malaysia Berita

JDT dipilih sebagai Kelab Piala AFC Sepanjang Dekad

Selepas seminggu diberi masa untuk mengundi, peminat akhirnya membuat keputusan untuk memilih JDT sebagai Kelab Piala AFC Sepanjang Dekad.

 

Kelab dari Selatan Malaysia itu mendapat undian sebanyak 80 peratus, jauh lebih banyak daripada mana-mana pasukan lain.

JDT tersenarai selepas menjuarai Piala AFC 2015, menjadi kelab pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang memenangi salah satu piala berprestij peringkat Asia.

Pengiktirafan tersebut menaikkan lagi reputasi JDT yang kini bersaing di AFC Champions League.