Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan bakal terbang ke Cardiff City bagi menyesuaikan diri dengan suasana bolasepak di Eropah.
Beliau dijangka menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab Belgium, KV Kortrijk pada bulan Mac ini.
Ketika ini, pemain berusia 17 tahun itu sedang menjalani latihan bersama Selangor II dibawah kendalian Michael Feichtenbeiner.
Namun, jurulatih Selangor B. Sathiananthan menafikan Luqman akan terlibat dalam piala pra-musim, Asia Challenge 2020.
“Saya mahu Luqman fokus untuk persiapan dia ke Eropah bersama kelab Belgium nanti pada bulan Mac nanti,” katanya kepada Arena Metro.
“Malah, saya difahamkan kemungkinan hujung bulan ini dia akan ke Cardiff City untuk membiasakan diri dengan cuaca dan suasana bola sepak Eropah.
“Jadi saya tak adalah sampai terdesak nak guna Luqman untuk Asia Challenge kerana kita mempunyai ramai lagi pemain yang boleh isi tempat Nor Hakim Hassan.
“Apa yang penting, saya nak Luqman beri tumpuan dan ini adalah peluang terbaiknya untuk melebarkan sayap ke Eropah dan harap lebih ramai pemain akan ikut jejaknya.”