Pemain muda Itali, Moise Kean yang kini beraksi bersama Everton masih bergelut untuk membuktikan permainan sebenar. Satu situasi pelik telah berlaku pada aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi diantara Manchester United dan Everton yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Everton yang berada dalam pengendalian jurulatih sementara, Duncan Ferguson dilihat telah mendapat rentak setelah menewaskan Chelsea 3-1 di laman sendiri pada minggu lepas.
Pada perlawanan malam tadi, Kean masuk sebagai pemain ganti untuk menggantikan tempat pemain sayap Everton, Bernard pada minit ke-70. Namun begitu, Kean dikeluarkan 19 minit kemudian dan digantikan dengan Oumar Niasse.
70' Second sub. Let's go, Moise!
🔴 0-1 🔵 #MUNEVE pic.twitter.com/yU8J212Pss
— Everton (@Everton) December 15, 2019
Kean yang pernah menyinar bersama gergasi Itali, Juventus juga dilihat terkejut dengan keputusan yang dilakukan oleh Duncan Ferguson. Malah, Kean yang kelihatan kecewa tidak ke bangku simpanan dan terus menuju ke bilik persalinan selepas dikeluarkan.
88' One last change for the Blues as Niasse replaces Kean.
🔴 1-1 🔵 #MUNEVE
— Everton (@Everton) December 15, 2019
Untuk rekod, Kean masih belum mencatat sebarang gol sepanjang 11 penampilan bersama The Toffees pada musim ini.