Eropah Berita

Astana malukan United

Pendahulu Liga Perdana Kazakhstan, FK Astana mencipta sejarah apabila menumpaskan Manchester United 2-1 di gelanggang sendiri dalam aksi kumpulan L Liga Eropah awal pagi tadi.

Ketua Jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer menurunkan hampir keseluruhan pemain muda dalam perlawanan tersebut. Hanya beberapa pemain senior yang diturunkan seperti Jesse Lingard, Lee Grant, dan Luke Shaw. 

Ian Wright welcomes Eze back home to Arsenal
Keep WatchingNext video in 8 seconds
0 seconds of 1 minute, 15 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Surridge overtakes Messi in MLS top scorers with this goal
00:51
00:00
01:15
01:15
 
(Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

United mendahului permainan seawal minit ke-10 selepas rembatan luar kotak ketua pasukan, Jesse Lingard gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pasukan tuan rumah, Nenad Eric. Pasukan tuan rumah bangkit pada babak kedua dengan memperoleh dua gol dalam masa tujuh minit untuk mengesahkan tiga mata pertama mereka dalam saingan Liga Eropah.

Solksjaer percaya ini merupakan satu pendedahan yang baik buat para pemain muda skuad The Red Devils. Walaupun tewas, United telah pun melayakkan diri ke pusingan seterusnya dengan mendahului kumpulan L diikuti AZ Alkmaar. 

United akan bertemu Aston Villa pada hujung minggu ini di Stadium Old Trafford dengan misi mengutip tiga mata. Ketiadaan hampir seluruh skuad utama adalah untuk merehatkan mereka bagi persiapan saingan Liga Perdana Inggeris.