Anugerah FIFA fair play 2019 dimenangi oleh pasukan Leeds United. Ini berdasarkan perlawanan kontroversi yang melibatkan Leeds United dan Aston Villa pada musim lepas.
Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa mengarahkan pemain-pemainnya untuk memberikan gol penyamaan kepada Aston Villa dalam perlawanan tersebut. Arahan itu dikeluarkan selepas Leeds melancarkan serangan dan menghasilkan gol disaat pemain Aston Villa sedang menghadapi kecederaan.
This is the match that made Marcelo Bielsa and Leeds United win #TheBest FIFA Fair play award 2019.
They corrected their error with this classic show of sportsmanship. You love to see it 👏 #FIFAFootballAwards pic.twitter.com/344rjMZskR
— Gemedia (@Gemedia_) September 23, 2019
Peristiwa ini memberi makna dalam memupuk semangat kesukanan. Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 itu turut menyaksikan Leeds gagal untuk layak secara automatik ke Liga Perdana Inggeris seterusnya memberi laluan kepada Sheffield United dan Norwich City.
Seperti yang diketahui umum, beraksi dalam Liga Perdana Inggeris merupakan idaman buat setiap pemain dan pasukan yang terlibat. Liga yang boleh dikategorikan sebagai paling kompetitif di dunia ini mampu memberikan impak yang positif kepada pasukan dari segi kualiti permainan dan publisiti.
Pengorbanan yang dilakukan Bielsa perlu diberi pujian kerana beliau begitu serius dalam menghayati konsep keadilan dalam sukan. Walaupun tindakan Bielsa itu dilihat sebagai satu tindakan kurang bijak kerana mensia-siakan peluang yang ada, namun ianya mampu menjadi inspirasi buat pasukan lain.
Dari sudut yang lain, bola sepak mengajar erti sebenar sifat berkeperimanusiaan Sifat ini yang semakin hilang dikalangan penduduk dunia perlu diterapkan semula secara berperingkat. Bielsa menunjukkan usaha yang baik dan pengiktirifan ini dianggap agar mampu membuka mata pasukan lain dalam mengamalkan semangat kesukanan yang sebenar dalam setiap permainan.
Kapten pasukan Leeds United, Liam Cooper bersama jurulatih kecergasan, Benoit Delaval hadir ke majlis anugerah Fifa yang berlangsung di Milan.