Kolum

Lima pemain yang masih belum membuat aksi sulung

Aksi antarabangsa akan berakhir dan LaLiga bakal kembali dengan perlawanan minggu keempat, tetapi sebulan selepas musim bermula masih terdapat beberapa nama besar yang masih belum membuat aksi pada musim 2019/20.

Beberapa pemain ini masih gagal beraksi disebabkan oleh kecederaan dan ada juga disebabkan masih belum mendapat kepercayaan jurulatih.

Antara nama-nama besar tersebut adalah ;

Lionel Messi

Tanpa ragu, bola sepak Sepanyol kehilangan sesuatu tanpa Messi.

Pemain Argentina itu tidak dapat membuat kemunculan sulungnya disebabkan kecederaan dan dilaporkan bakal kembali pada minggu ini tetapi itu masih belum disahkan.

Eden Hazard

Salah satu bintang yang menyertai Real Madrid pada jendela musim panas ini.

Beliau telah dilanda kecederaan seminggu sebelum musim baharu dibuka yang menyaksikan beliau terlepas tiga perlawanan awal dan Sabtu ini bakal menjadi debut sulung buat pemain kebangsaan Belgium.

Javier Hernandez

Chicharito kembali ke Sepanyol dan kali ini mewakili Sevilla.

Dia menyertai Sevilla pada tarikh akhir jendela perpindahan dibuka dan bakal membuat debut hujung minggu ini.

Eder Militao

Pemain antarabangsa Brazil masih belum diberi peluang oleh Zinedine Zidane lagi.

Sergio Ramos dan Raphael Varane kekal sebagai pemain pertahanan utama manakala Militao sedang menunggu untuk membarisi berisan utama Los Blancos.

Hector Herrera

Dari menjadi kapten Porto kepada pemain yang memanaskan bangku simpanan Atletico Madrid.

Ianya pelik kerana pemain ini tidak dilaporkan cedera.