
Football Ventures telah berjaya mengambil alih pasukan Bolton Wanderers, lapor Sky Sport.
EFL mengumumkan pada hari Selasa lalu bahawa mereka memberi Bolton 14 hari untuk menjual kelab itu kepada pembida baharu jika mereka mahu beraksi musim ini.
Kelab itu akan ditarik penyertaan di peringkat liga jika gagal memenuhi tarikh akhir, tetapi nampaknya keadaan kembali berubah buat Bolton.
Penyelaras bersama Bolton, Paul Appleton menggambarkan proses itu sebagai “salah satu pentadbiran yang paling rumit yang pernah saya terlibat”.
Beliau menambah: “Saya gembira untuk mengatakan bahawa kami akhirnya mencapai kesimpulan yang memuaskan dengan penjualan ke Football Ventures.
📰 Breaking: We are pleased to announce the sale of Bolton Wanderers to Football Ventures (Whites) Limited has been completed.
👉🏻 https://t.co/HUrXBKeVB2#BWFC 🐘🏰
— Bolton Wanderers (@OfficialBWFC) August 28, 2019
“Pada masa-masa [sebelum ini], sesetengah rintangan itu kelihatan tidak dapat diatasi dan kekecewaan yang dirasakan sangat besar, bukan sekadar penyokong yang terpaksa menanggung.”
Dalam satu kenyataan, Football Ventures berkata: “Sepanjang proses yang panjang dan rumit ini, kami tetap menumpukan pada penyelesaian perjanjian itu dan tidak ada yang lain.” Katanya
Bolton memulakan musim ini dengan potongan 12 mata selepas diletakkan di dalam Pentadbiran, dan pengurus Phil Parkinson dan pembantunya Steve Parkin meletak jawatan pada awal bulan ini.
Selepas pengambilalihan Football Venture, EFL mengesahkan Bolton tidak lagi berada dalam pentadbiran dan notis penarikan mereka dari Liga Bola Sepak telah ditarik balik.