Barcelona hanya akan mendapatkan khidmat Neymar pada musim panas ini jika Paris Saint-Germain sanggup menerima pertukaran pemain sebagai balasan.
Camp Nou masih menunjukkan minat untuk membawa Neymar pulang tetapi berkeras tidak akan mengeluarkan wang sebagai balasan untuk membawa pemain itu pulang.
Menurut Marca, biarpun kem di sekitar Sepanyol menyedari bahawa Neymar tidak akan pulang pada musim panas ini, tetapi mereka tetap bertegas hanya akan membida Neymar jika PSG menerima pertukaran pemain sebagai balasan.
Biarpun Real Madrid dikhabarkan mula menunjukkan minat untuk membawa masuk Neymar, tetapi kelab dari Catalan tidak akan terburu-buru dalam mendapatkan pemain tersebut.