Anthony Martial akan memakai baju nombor sembilan pada musim ini selepas Romelu Lukaku berpindah ke Itali.
Penyerang Belgium menyertai Inter Milan pada hari akhir jendela perpindahan pemain dengan nilai £ 74 juta.
Martial adalah pemegang asal baju No.9 terpaksa melepaskan baju tersebut selepas Zlantan Ibrahimovic menyertai United pada 2016.
Manchester United 🔴⚪️⚫️ new No.9️⃣, Anthony Martial had his best season at Old Trafford 🏟 as #AM9.
Anthony Martial in the 2015/2016 season:
🏟: 49.
⚽️: 17.
🅰️: 9. pic.twitter.com/3RNkmzn0uf— D O F (At 🏠) (@theDOFootball) August 9, 2019
Sebaliknya, dia mendapat baju No.11 di Old Trafford – nombor yang sama di pakai untuk pasukan kebangsaan Perancis.
Walau bagaimanapun, Martial tidak menerima berita pertukaran nombor itu dengan baik apabila dilaporkan Jose Mourinho tidak bertanya kepada pemain tersebut dahulu.
Bermula daripada itu, keyakinan dan persembahan Martial dilihat merudum dan beliau bergelut di bawah Jose Mourinho.
Namun, selepas kedatangan Ole Gunnar Solskjaer, pengendali kelahiran Norway meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pemain berusia 23 tahun ini.
9️⃣ MARTIAL 👕🔴⚪️⚫️ Good Move This By Ole 👌🏼 @AnthonyMartial Is Back At Number 9 👏🏼 #MUFC #mufcthereligion #martial pic.twitter.com/OIkJOA1Kh6
— 🇾🇪 MUFC The Religion (@manuthereligion) August 9, 2019
Beliau jelas mempercayai kemampuan dan mempamerkan keyakinan kepada Martial untuk menjadi luar biasa.
Malah, semasa kempen sulungnya memakai nombor sembilan, Martial menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan dan mencatatkan 12 bantuan gol.
Dan statistik ini yang telah membuat peminat United teruja dengan kepulangan Martial ke angka sembilan menjelang permulaan musim Liga Perdana menentang Chelsea