Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan telah memberi sumbangan kewangan berjumlah £ 2.5 juta kepada sebuah hospital di negara kelahirannya, Mesir selepas satu serangan pengganas.
Serangan itu berlaku di Institut Kanser Kebangsaan, Kaherah, apabila sebuah kereta yang dipandu pengganas memandu dari arah yang salah dengan kelajuan yang tinggi dan meletupkan diri.
Kejadian ini telah memakan 20 nyawa manakala 47 orang lagi cedera.
Sejurus selepas serangan pada petang Ahad tersebut, Salah yang diberi gelaran sebagai ‘King Salah’ memuatnaik satu mesej simpati di laman rasmi Twitter beliau.
‘Sokongan dan ucapan takziah kepada keluarga korban letupan Institut Kanser.’
كامل دعمي وعزائي لأسر ضحايا ومصابي انفجار معهد الأورام.
— Mohamed Salah (@MoSalah) August 4, 2019
Laporan di Mesir memberitahu bahawa pemain berusia 27 tahun telah memberi sumbangan besar bagi membina kembali sebahagian hospital yang rosak.
Manakala laporan daripada Liverpool Echo menyatakan bahawa Presiden Universiti Kaherah, Dr Mohamed Osman menerima £ 2.5 juta dari bintang tengah Liverpool tersebut.
Jumlah yang disumbangkan oleh Salah adalah sekitar separuh daripada kos pembaikan.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Mo Salah memberi sumbangan kepada tanah tempat kelahiran beliau.
❤️ Liverpool forward Mohamed Salah has donated around £2.5m to the National Cancer Institute in Cairo after a suspected terrorist incident killed 20 people.
What a unbelievable gesture 👏🏻 ❤️https://t.co/2WvyyjSx4J
— The Kopite Podcast (@Kopite_Podcast) August 7, 2019
Dalam satu temubual di BBC, bekas ketua media pasukan Mesir, Inas Mazhar melaporkan bahawa pemain Liverpool sering menyumbang wang kepada penduduk kampung.
“Sudah diketahui bahawa Salah menawarkan banyak wang untuk mereka yang memerlukan di kampungnya. Semuanya berjalan melalui ayahnya, yang tahu apa yang harus dilakukan.
“Sebagai contoh, seseorang dari kampung itu sedang bersedia untuk berkahwin dan datang kepada bapa Salah untuk meminta dana, atau jika ada yang mengatakan dia sakit, ayahnya mengikut kes itu dan jika benar, dia akan membantu membayar operasi itu.” Katanya.