
Lima kali pemenangan Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo telah menjadikan perayaan sambutan gol satu fenomena di seluruh dunia dan ianya bukanlah mudah untuk dihasilkan.
Dalam satu temubual bersama Soccer.com, beliau menyatakan bahawa permulaan kepada sambutan tersebut adalah sewaktu beliau turun menentang Chelsea ketika bersama Real Madrid.
“Saya berada di Amerika Syarikat dan kami bermain menentang Chelsea,” kata Cristiano.
“Saya tidak tahu bagaimana idea kepada sambutan itu datang, tetapi selepas saya menjaringkan gol dan saya melakukan ini [menunjukkan gerakan berpusing] dan saya jerit, ‘siiiuuuu’.
“Ia semulajadi, jujur, dan sejak itu saya mula melakukannya dan saya rasa penyokong dan peminat sukakan [sambutan] itu. Apabila mereka melihat saya, mereka pergi, ‘Cristiano, siiiuuuu,’ dan saya berkata, ‘wow orang mengingati Cristiano’.”