Luar Negara Berita

Video : Peminat United marah Sissoko pijak Daniel James

Pemain tengah Tottenham, Moussa Sissoko dikritik kerana memijak pemain sayap Manchester United, Daniel James semasa perlawanan pra-musim di Shanghai.

Pemain berusia 29 tahun bertembung dengan pemain baharu United dalam aksi perebutan bola pada aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa sebelum memijak pemain sayap tersebut.

Kejadian itu berlaku sejurus selepas Anthony Martial menjaringkan gol untuk memberi kedudukan selesa buat pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Ramai yang peminat percaya bahawa pemain pemain tengah Perancis sepatutnya dibuang padang disebabkan aksi tidak profesional daripada beliau.