Pasukan negara Bawah 15 tahun (B15) berjaya menundukkan Korea Utara 2-1 untuk dinobatkan juara Kejohanan Bolasepak Remaja Antarabangsa Haikou di China hari ini.
Perkembangan positif ditunjukkan oleh anak buah P Maniam sepanjang kejohanan ini berlangsung apabila berjaya mengutip tujuh mata untuk memintas Korea Utara yang menghimpun enam mata.
Jaringan yang dihasilkan oleh Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-20 dan Nabil Qayyum Zainuddin pada minit ke 57 telah membawa skuad Malaysia memenangi kejuaraan sulung.
Kemenangan ini akan memberi motivasi tambahan kepada skuad remaja yang bakal bersaing di dalam Kejuaraan B-15 AFF 2019 pada 24 Julai sehingga 10 Ogos ini di Chonburi, Thailand.