Luar Negara Berita

Video : Jurgen Klopp elak berbelanja besar

Peminat Liverpool nyata menyuarakan kekecewaan apabila Liverpool masih belum berjaya membawa masuk pemain-pemain penting, tetapi bagi Jurgen Kloop beliau berkata hanya Manchester City dan Paris Saint-Germain boleh menghabiskan 300 juta euro setiap tahun.

Kemasukan Sepp van den Berg kekal sebagai satu-satunya pemain yang masuk menyertai Liverpool setakat jendela musim panas ini.

Berbeza pada 2018 di mana mereka menandatangani Virgil van Dijk, Fabinho, Alisson Becker, Naby Keita dan Xherdan Shaqiri sepanjang kursus dua jendela perpindahan.

“Hanya ada dua kelab yang boleh menghabiskan 300 juta setiap tahun, [Manchester City] dan PSG, walaupun Real Madrid dan Barcelona dapat melakukannya juga,” kata Klopp kepada akhbar itu.

“Kita perlu melihat jika kita dapat mencari kedudukan di mana kita boleh memperbaiki, tetapi tidak ada tekanan sebenar.

“Ia tidak akan menjadi jendela terbesar dari segi perbelanjaan untuk Liverpool, kami telah melabur banyak sejak dua tahun lalu dan kami tidak boleh melakukannya setiap tahun.”