Luar Negara Berita

Presiden FIFA, Gianni Infantino titip ucapan tahniah buat JDT

Presiden Persatuan Bolasepak Antarabangsa atau FIFA, Gianni Infantino menitipkan satu surat ucapan tahniah buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas kejayaan mereka menjulang kejuaraan Liga Super yang keenam.

Surat yang dialamatkan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Infantino mengucapkan tahniah di atas kemenangan JDT yang mendominasi Liga Super dari tahun 2014.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh media rasmi Johor Southern Tigers, Infantino berterima kasih kepada JDT kerana telah menyebarkan mesej positif dalam menyatukan masyarakat dengan bola sepak.

Ia juga memuji sifat tidak putus asa dan kerja keras dari para pemain dalam memastikan kemenangan berpihak kepada JDT.

“Ini adalah, tanpa keraguan, hasil dari usaha dan kerja keras, dan semua orang yang terlibat boleh berbangga dengan pencapaian yang hebat ini.”

“Bagi pihak komuniti bola sepak antarabangsa, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan persatuan anda atas bantuan menyebarkan mesej positif bola sepak serta memupuk amalan sukan indah ini yang menyatukan kita semua,” menurut surat yang ditulis oleh Infantino.

PRESIDEN FIFA GIANNI INFANTINO UCAP TAHNIAH KEPADA JDTPresiden FIFA, Gianni Infantino mengucapkan tahniah kepada Kelab…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, July 16, 2019