Luar Negara Berita

Saya tahu lama dah yang Neymar mahu keluar – Thomas Tuchel

Jurulatih Paris Saint-Germain, Thomas Tuchel mengesahkan bahawa bintang kelahiran Brazil, Neymar mahu meninggalkan Paris Saints-Germain musim panas ini.

Bercakap dalam satu temu bual, Tuchel mendedahkan sudah menyedari bahawa Neymar tidak selesa di PSG.

“Saya tahu bahawa dia mahu keluar [dari PSG] sebelum Copa America, tapi itu topik di antara kelab dan Neymar,” kata Tuchel kepada RMC Sports.

“Ini semua jelas antara kami, kini terpulang kepada kelab dan Neymar.

“Kami bekerjasama, ini sesuatu antara kelab dan dia.”

Barcelona adalah antara kelab yang dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 27 tahun itu.